Wednesday, 19 June 2019

Apakah kegunaan dan Kelebihan yang ada dalam MAE Maybank ini?


APAKAH ITU MAE? 

MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone. Melaluinya, ia menawarkan sokongan dompet digital untuk memudahkan transaksi nirtunai oleh anda. Menggunakan MAE, ia mengasingkan penggunaan wang anda berbanding akaun bank Maybank biasa – sekaligus mengelak anda daripada terlebih berbelanja.
Pengguna boleh menggunakan MAE untuk melakukan pembayaran di lebih 200,000 peruncit seluruh negara yang menerima pembayaran menggunakan Maybank QRPay. Angka peruncit ini akan terus ditambah dari hari ke hari.
Selain daripada membuat pembayaran di peruncit, pengguna turut boleh menggunakan MAE untuk menerima wang daripada rakan-rakan, atau membuat pembayaran seperti menghantar wang kepada rakan, membayar bil, membeli tiket wayang, membuat tambah-nilai prabayar dan sebagainya.


MAE Boleh Didaftar Walau Tiada Akaun Maybank

Menariknya mengenai MAE ini adalah ia boleh digunakan oleh semua pengguna – walaupun seseorang itu tidak mempunyai akaun Maybank. Ini sekaligus membolehkan semua pengguna seluruh negara menggunakan dompet digital MAE dan menggunakannya dalam membuat transaksi nirtunai di pelbagai lokasi yang menerimanya.
Untuk mendaftar MAE, pengguna akan diminta untuk mengimbas kad pengenalan ketika proses pendaftaran, dan akaun akan diaktifkan serta-merta.
Maybank MAE
Menariknya adalah dimana pengguna turut boleh membuat tambah-nilai ke akaun MAE seperti akaun perbankan lain – termasuk melalui pemindahan interbank, melalui M2U, melalui mesin deposit dan sebagainya. Dengan integrasi ini juga, pengguna boleh membawa keluar wang daripada MAE ke akaun bank lain dengan mudah dan pantas.

Lihat Seperti Gambar Di Atas.. 

Bagi pengguna Maybank sedia ada pula, anda hanya perlu ke aplikasi Android atau iPhone, dan mengaktifkannya. Anda akan diminta untuk membuat tambah-nilai ketika ingin mengaktifkan sokongan MAE ini.

Penawaran Kad Debit Digital Daripada Visa

Maybank MAE
Bagi pengguna yang tidak mempunyai akaun Maybank dan mendaftar akaun MAE, anda juga akan diberikan penawaran kad debit digital daripada Visa untuk digunakan bagi pelbagai transaksi atas-talian yang lain.
Ia berfungsi seperti kad debit Visa yang lain, dimana pengguna boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran pada terminal melalui sokongan Maybank Pay atau Samsung Pay. Kad debit digital ini juga turut boleh digunakan untuk melakukan transaksi atas-talian melalui pelbagai web-web jual-beli di internet. 
Dan tadaaaa. Skrg maybank akan asingkan saving korang dengan MAE yg korang main.
So wktu korang dah tekan jumlah yg nak kluarkan, atm akan tanya korang nak kluarkan duit yg korang tekan tu dari saving atau dari game yg korang kumpul tu. Haaa camtu ahhh😁😁😁


Kelebihan yang Ada dalam sistem ini adalah :-
1) Boleh Membuat pembayaran with QR Code
2) Boleh membayar Bills
3) Boleh Transfer / send duit ke account lain.


4) Boleh Beli Topup / reload topup fon
5) Boleh Beli Tiket Movie
6) Boleh bei tiket Flight


Ciri Pembahagian Wang Untuk Pembayaran

Maybank MAE
Salah satu ciri menarik yang turut disertakan pada MAE ini adalah sokongan pembahagian wang untuk pembayaran atau dipanggil “Split Bill”.
Ia ditujukan untuk memudahkan pengguna berkongsi pembayaran selepas keluar makan atau berbelanja di sesuatu lokasi. Sebagai contoh, sekiranya anda ke kedai makan, dan jumlah pembayaran adalah RM30 untuk 5 orang, maka anda boleh menggunakan ciri “Split Bill” dan menghantar notifikasi bayaran kepada rakan-rakan dengan mudah melaluinya. MAE juga menyertakan sokongan menghantar notifikasi untuk pembayaran, sekaligus boleh “memaksa” rakan anda membuat pembayaran “hutang” secepat mungkin.
Maybank MAE

Pengenalan ciri ini juga sekaligus membuatkan Maybank sebagai bank pertama yang menawarkan sokongan dompet digital terbuka kepada semua pengguna seluruh negara – sekaligus akan membolehkan mereka bersaing dengan lebih aktif dalam arena nirtunai ini. Dengan penyertaan pihak Maybank juga, ia akan menarik untuk melihat bagaimana pesaing lain akan memberikan reaksi – sekaligus membawa kepada sesuatu yang lebih menguntungkan para pengguna.

No comments:

Post a Comment