Sebelum itu,
Apa Itu BigPay?
BigPay baru-baru ini melancarkan aplikasi baru di Malaysia dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang murah, adil dan telus bagi semua orang. Aplikasi BigPay adalah alternatif digital setiap hari yang memberikan pengguna fleksibiliti untuk dibelanjakan di mana sahaja.
Pada awal tahun lepas 2018, AirAsia memperkenalkan aplikasi BigPay dimana ia bantu memudahkan urusan pembelanjaan terutama buat mereka yang gemar travel.
Lebih mudah faham, BigPay berfungsi sama seperti kad debit anda tetapi memiliki banyak kelebihan yang lain. Lebih-lebih lagi buat anda yang suka shopping dan travel.
Dengan BigPay, anda boleh membuat pembayaran di mana-mana kedai yang menerima pembayaran MasterCard (Giant, Tesco dan lain-lain) termasuk pembayaran online seperti di Lazada atau Shopee. Paling penting, kad BigPay ini tak ada tarikh luput!
Contoh selepas Pembelian Di Ikea |
Contoh pembelian Di Tesco |
Lebih seronok, anda akan mendapat AirAsia BigPoint setiap kali berbelanja atau tambah nilai BigPay. Setiap tambah nilai RM50 akan mendapat 50 BigPoint, manakala setiap transaksi dan perbelanjaan di luar negara akan mendapat 1 BigPoint.
Jadi, boleh kumpul BigPoint dan tebus tiket murah di AirAsia.
Ia betul! BigPay turut boleh digunakan untuk pembayaran di luar negara asalkan menerima pembayaran MasterCard. Kalau anda nak tahu, nilai mata wang diikut berdasarkan nilai semasa seperti di xe.com. Lebih mudah, kadar pertukaran ke mata wang asing diikut sama seperti kadar semasa di google. Mudah bukan?
Dan untuk pembayaran tempahan tiket AirAsia menggunakan BigPay, anda langsung tidak akan dikenakan processing fee. Cuma bayar harga tiket sahaja, sudahlah jimat boleh kumpul BigPoint pula.
INI adalah processing fee contoh Bagi Flight Tiket Kuala Lumpur Ke Bali |
Selain itu, anda turut boleh gunakan BigPay untuk pengeluaran wang tunai melalui mesin ATM diluar negara. Caj yang dikenakan hanyalah RM10.00. Mudah, tak perlu susah-susah call bank untuk pengaktifan pengeluaran antarabangsa. Guna BigPay saja.
Pada kami, penggunaan BigPay ini sangat praktikal terutama kepada golongan backpackers. Memang mudah dan menjimatkan.
1 kad yang boleh guna dalam dan luar negara. Nak keluarkan duit, beli tiket AirAsia, atau perbelanjaan di luar negara memang tak ada masalah. Cuma perlu tambah nilai BigPay sahaja sebelum travel.
No comments:
Post a Comment