Monday, 8 April 2019

Panduan untuk FB Marketing








PANDUAN ASAS UNTUK FB MARKETING

Pengetahuan berkenaan strategi, teknik, dan taktik FB marketing adalah pengetahuan baru dan ia sentiasa berkembang.

Di sini saya akan terangkan perkara-perkara yang paling asas sahaja, khusus untuk beginners.

FB marketing yang advance mesti dipelajari daripada trainers yang fasih dalam hal-hal teknikal tentang tools yang dicipta khusus oleh pihak FB untuk kegunaan orang bisnes.

.

+ Kita mesti tambah jumlah friends dan followers. Ini sangat penting.

+ Friends dan followers kita adalah pasaran kita. Kepada mereka itulah kita jual produk ataupun servis kita. Jadi, semakin banyak friends dan followers kita, semakin besarlah pasaran kita.

+ Mula-mula sekali kita mesti tetapkan dahulu kita mahu kumpulkan friends dan followers yang macam mana.

+ Jika kita mahu menjual, kumpulkan friends dan followers yang terdiri daripada golongan yang berpotensi menjadi pembeli.

+ Jika kita mahu menjual produk untuk bayi, kita mesti kumpulkan friends dan followers daripada kumpulan usia yang mempunyai bayi.

+ Jika kita mahu mencari agents jualan, kumpulkanlah friends dan followers yang berpotensi mahu menjadi agents jualan kita.

+ Friends dan followers kita mesti sesuai dengan jenis produk dan servis yang kita jual. Jika produk kita dibeli oleh perempuan, kumpulkan friends dan followers perempuan. Begitu juga dengan produk lelaki.

+ Tulis posting yang temanya mampu menarik minat kumpulan friends dan followers yang kita targetkan.

+ Kita cuma boleh mempunyai 5000 friends. Ini senarai yang sangat penting dijaga dan diurus. Pilih-pilih siapa yang layak dimasukkan dalam senarai friends kita. Dari masa ke masa, buang friends lama yang tidak aktif, masukkan friends baru yang aktif.

+ Tulis posting yang friends dan followers kita suka baca, suka like, dan suka share.

+ Apabila posting kita menerima banyak like dan komen, barulah posting kita itu naik di newsfeed friends dan followers kita. Lebih banyak like, lebih banyak friends dan followers nampak posting kita lalu di newsfeed mereka. Itu sebab like sangat penting!

+ Kita sendiri mesti banyak follow wall orang lain. Ini sangat penting. Follow wall orang-orang yang mempunyai banyak followers!

+ Kita mesti suka memberi like kepada posting friends dan followers kita. Barulah mereka akan beri like kepada posting kita.

+ Beri like apabila kita memang suka membaca posting yang mereka tulis. Like kita itu akan mendorong mereka menulis lebih banyak posting yang macam itu kualitinya. Jika apa yang mereka tulis itu kita tak suka baca, tidak perlu beri like.

+ SHARE sangat penting bagi mendapatkan lebih banyak followers. Apabila posting kita di-share barulah kita mendapat followers baru. Jika tidak, tidaklah. Tidak ada jalan lain jika mahu menambah followers baru, melainkan melalui share.

+ Kita sendiri mesti share posting friends dan followers, baru mereka pun suka share posting kita. Hidup ini memang begitu, budi baik dibalas dengan budi baik.

+ Kita share posting friends dan followers yang topiknya selaras dengan tujuan kita. Sebagai contoh, jika bidang kita adalah pertanian, kita share posting friends dan followers yang berkaitan pertanian.

+ Jangan tulis posting yang menyebabkan kita hilang friends dan followers, yakni mereka unfollow kita, unfriend kita, malah block kita terus. Ini berlaku apabila posting kita menyindir ataupun mengkritik mana-mana individu ataupun pihak.

+ Luaskan pasaran kita dengan menulis posting yang semua orang suka membacanya. Mereka itulah yang suka menjadi friends dan followers kita

+ Akhir sekali, kita perlu mempunyai target kerja. Kita boleh buat target harian, mingguan, bulanan.

Contoh target:

+ Berapa posting kita perlu tulis sehari?
+ Berapa share kita mahu dapat sehari?
+ Berapa followers baru kita mahu dapat sehari?

DAPATKAN LEBIH LANJUT DI SINI 

No comments:

Post a Comment