Setiap hari, ratusan pembelian dilakukan oleh rakyat Malaysia di laman Shopee. Ini kerana beberapa ciri khas yang diperkenalkan oleh pihak Shopee samaada kepada pembeli atau penjual di Shopee.
Berikut adalah beberapa fakta yang akan mengejutkan anda.
1. Shopee Menawarkan FREE SHIPPING Kepada Pembeli
Tahukah anda bahawa jika anda ingin membeli produk di Shopee, anda tidak dikenakan harga penghantaran bagi kebanyakkan produk? Pihak Shopee telah bekerjasama dengan POSLAJU untuk mewujudkan FREE SHIPPING program iaitu jika anda membeli lebih dari RM30 atau jika berat produk kurang dari 5kg, maka pembeli tak perlu membayar kos shipping.
FAKTA: Kos penghantaran di POSLAJU bagi Semenanjung Malaysia ialah RM7.15. Namun jika anda menjual di Shopee, maka kos penghantaran anda ialah ‘0’.
Sebab itu semakin ramai rakyat Malaysia kini membeli di Shopee!
2. Pembeli Boleh Membeli Menggunakan Smartphone
Shopee mempunyai aplikasi tersendiri di smartphone dan anda boleh membeli menggunakan smartphone sahaja.
Ini sekaligus memudahkan pengguna membuat belian di Shopee
3. Sistem Chat Yang Membolehkan Pembeli Berhubung Dengan Pembeli
Anda ada Whatsapp? Pernah gunakan Telegram untuk berhubung dengan seseorang? Maka di Shopee juga mempunyai sistem chat untuk pembeli berhubung dengan penjual. Sistem ini walaupun nampak biasa, namun sebenarnya amat-amat penting untuk meningkatkan keyakinan pembeli membuat pembelian.
Ini kerana TRUST (kepercayaan) amat penting dalam jual beli secara online. Maka Shopee telah mewujudkan sistem ini untuk memudahkan lagi kemungkinan mendapat jualan.
APA PULA KELEBIHAN SEBAGAI PENJUAL DI LAMAN SHOPEE INI?
Sebagai penjual pula, anda mempunyai beberapa kelebihan jika anda menjual di Shopee.
1. Laman Ini 100% PERCUMA!
Yup. Apa yang anda dengar itu tak salah. Shopee TAK AMBIL satu sen pun duit anda jika anda menjual di laman ini. Anda jual RM30, maka anda akan dapat semula RM30. Anda jual RM100, anda akan dapat semula RM100.
No comments:
Post a Comment